Pages

Followers

Kenapa organik dan natural?

Kenapa organik dan natural? Kenapa nak guna essential oil (EO)? Kan banyak je pewangi, ubat, krim, losyen, skincare kat luar sana?

KERANA EO adalah natural dan organik. Lagi-lagi EO Young Living yang mempunyai jaminan SEED TO SEAL. Maksudnya dari pemilihan biji benih, tempat di tanam, tanah, sumber air, cara pengendalian, cara proses sehingga ke pembungkusan  EO tu dijamin yang terbaik!

Jadi, kembali kepada natural dan organik.

Kan banyak je produk di luar sana yang jauh lebih murah dan memberi kesan yang sama je. Betul ke sama?

Saya ambil contoh mudah nak wangikan rumah atau kereta. Banyak je kan pewangi sintetik seperti G***e, A*** ***e dan lain-lain. Wangi, tapi kita tengah menghidu toksik. Pernahkah anda mengalami pening kepala, sesak nafas, brain fog, kulit gatal, rasa tak bertenaga? Itu ssemua akibat dari bahan kimia yang terdapat dalam pewangi tu.

Belum lagi penyakit yang kita tak nampak. 


Cuba tengok sekeliling, ada tak orang disekitar kita ada kanser, penyakit autoimune, ketidaksuburan dan masalah kesihatan kronik? Adakan? Kadar semua penyakit ini meningkat setiap tahun. Dahlah kita sudah terdedah dengan toksik dari udara, makanan dan air yang kita tak boleh kawal. Lepastu kita tambah lagi bahan toksik ni melalui penggunaan produk yang tercemar dengan nya.

Pengggunaan produk kita boleh kawal.

Jadi hadkan penggunaan. Bertukarlah kepada produk yang lebih natural dan organik.

Selain bebas bahan kimia, ia juga memberi kesan baik terhadap kita dan alam sekitar.

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Seperti anda membaca label makanan, anda mestilah mula MEMBACA LABEL PRODUK pula. Anda akan sedar produk yang mengandungi herba, ekstrak tumbuhan dan dilabel sebagai natural atau organik tidak semestinya bebas bahan kimia merbahaya.

Jadi, SILA BACA LABEL!

Itu yang penting.

Essential Oil? Terlalu banyak kegunaan essential oil ni terhadap kehidupan seharian kita. Nak buat produk skincare sendiri pun boleh. 


=======================================================================


Ingin tahu lebih lanjut tentang essential oils?

Like FB Page - Pondok Minyak
https://www.facebook.com/pondokminyak/

Follow Instagram - pondok_minyak
https://www.instagram.com/pondok_minyak/

Whatsapp: 0193016450


=======================================================================

Apa itu Essential Oil (EO)? Part 1

Anda suka tak bau bunga-bungaan di taman. Ambil bunga ros, bau dalam-dalam, wangikan?


Pernah tak anda ambil daun dan anda lenyek-lenyekkan daun tu dan tiba-tiba ada bau dari cecair daun yang anda lenyekkan itu?

Perasan tak semasa anda kupas kulit oren, ada cecair yang terpercik dari kulit oren itu?

Tahukah anda bahawa semua itu adalah essential oil?

Ya! Essential oil. Essential oil lah yang memberi bau kepada tumbuhan tersebut!

Essential oil adalah cecair lipid yang terdapat pada bahagian tumbuhan seperti bunga, daun, kulit pokok, akar dan resin. Essential oil ini dikeluarkan dari tumnuhan tersebut dengan cara penyulingan berwap (steam distillation) atau cold-compress.

Essential oil merupakan nyawa kepada tumbuhan tu. Ia bertindak sebagai sistem imun untuk tumbuhan tersebut. Ia melindungi tumbuhan itu. Essential oil mempunyai sifat penyembuhan yang dapat memberi banyak faedah kepada manusia.

Kita sebenarnya menggunakan essential oil setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Ia digunakan untuk memberi perisa kepada makanan kita (serai, rosemary, oregano, kulit kayu manis dll), digunakan dalam produk seharian di rumah (pudina dalam ubat gigi, lemon dalam sabun cuci, frankincense dalam pelembab muka), digunakan untuk melegakan masalah kesihatan dan macam-macam lagi. 

Ramai menyangka essential oil adalah untuk wangi-wangi sahaja.

Tidak!

Essential oil bukan untuk wangi-wangi je. Tetapi ia memberikan kesan penyembuhan kepada diri kita seperti menghilangkan kesakitan, sembuhkan luka, hilangkan parut, menenangkan kita, tidur lena, tenangkan anak tantrum, demam, selsema, jangkitan kuman dan macam-macam lagi.

essential oil mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri sepeti antibakteria, antifungus, antiseptil, membekalkan oksigen pada sel dan macam-macam lagi.

Ada beratus-ratus essential oil dalam dunia ni, setiap jenis essential oil tu ada fungsi-fungsinya tersendiri.


Contohnya:
  • Essential Oil Lavender merupakan "swiss army" essential oil kerana kegunaannya yang sangat banyak. Paling popular digunakan untuk sembuhkan luka, demam, stress, kegatalan kulit, alergik dan tidur lena.
  • Essential Oil Serai (Lemongrass) boleh meningkatkan selera makan, meningkatkan peredaran darah, melegakan lenguh-lenguh badan, atasi masalah kecacingan, menghalau serangga dan lain-lain
  • Essential Oil Rosemary pula, terbukti dapat meningkatkan daya ingatan, mengatasi masalah rambut gugur, menghalau serangga dan lain-lain.
  • Essential oil Pudina (Peppemint) dapat melegakan ketakselesaan perut seperti kembung, angin dan pedih ulu hati. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, mengantuk, kurang fokus, dan menurunkan suhu semasa demam.

Banyakkan kegunaan essential oil? Itu baru 4 jenis essential oil, ada beratus lagi essential oil dengan kegunaannya yang tersendiri.


=======================================================================


Ingin tahu lebih lanjut tentang essential oils?

Like FB Page - Pondok Minyak
https://www.facebook.com/pondokminyak/

Follow Instagram - pondok_minyak
https://www.instagram.com/pondok_minyak/

Whatsapp: 0193016450

=======================================================================

Pondok Minyak

Testing Testing Testing.....

Blog ini adalah dalam pembinaan 😊

Will see you soon!!!

Kenapa organik dan natural?

Kenapa organik dan natural? Kenapa nak guna essential oil (EO)? Kan banyak je pewangi, ubat, krim, losyen, skincare kat luar sana? KERANA ...